Tips Pratikal Kawal Anak Anda Jadi Hantu Gadjet


Mendidik anak untuk mengurangkan minat anak terhadap gadjet amat mudah jika kita tahu teknik-tekniknya. Di sini beberapa teknik(tips) mengawal anak main gajet.

1)    Sentiasa BERINTERAKSI ketika anak sibuk bermain IPAD/handphone
Anda perlu banyakkan berbual , bertanya dan bercerita seperti hal-hal sekolah, ahli keluarga dan sebagainya bagi mengalihkan tumpuan beliau terhadap IPAD.

"tadi mama nampak akak pergi keluar buat apa?"

"akak, tadi mama nampak akak minum susu tak abis, akak dah letak dekat sinki"?


2)    Pastikan Anak PAHAM IPAD/IPHONE kepunyaan ANDA BUKAN ANAK ANDAPastikan anak paham IPAD itu anda yang punya. Contoh
“Aina, tolong ambikkan IPAD ibu” dan jangan sesekali buat kenyataan/ labelkan IPAD anak yang punya seperti. “IPAD pink ni aina guna, IPAD ayah biru adik yang guna”

 

3)    Seboleh-bolehnya ALIHKAN perhatian anak dengan permainan fizikal
Bermain dalam dunia kanak-kanak merupakan satu keseronokkan bagi mereka, oleh itu alihkan tumpuan mereka dengan bermain apa saja yang memerlukan aktiviti fizikal.
Ajak main conteng-conteng
Ajak main puzzle
Ajak main masak-masak
Dan sebagainya


4)    Kepimpinan Melalui Teladan
Rasullulah pernah berkata “ sebaik-baik kepimpinan, adalah menjadi contoh yang baik”. Saya teringat kata kata ustaz hasrizal@ saifulislam, seorang         pakar motivasi. Kalau anak melihat ayah selalu memegang dan membaca alquran, dalam        minda seorang anak ia akan menganggap bahawa al-quran itu penting


5)    TEAMWORK sangat penting
Suami Isteri kene kerjasama. Bila si isteri tidak benarkan menonton video di IPAD maka suami jangan plak backup.
“Ala biar la, Upin Ipin tu 15 minit shj”.


6)    Jangan ajar anak anda UNLOCK atau PASSCODE

Untuk mengawal waktu penggunaan anda pastikan anda yang membukakannya unlock IPAD, ini sangat penting bagi mendidik displin anak anda. Jika ibu bapa bersikap konsisten iaitu peraturannya tidak berubah-ubah tidak tentu hala setiap hari, seseorang anak itu akan jelas tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya. Walaupun kemungkinan hasilnya cepat dalam masa tiga tahun yang singkat ini antara 2 – 5 tahun, secara beransur-ansur anak itu dengan sendirinya mudah dilentur dan seluruh keluarga akan lebih harmoni, Dengan kawalan UNLOCK ini juga bagi memberitahu IPAD itu hak anda bukan hak anak anda.


7)    Berikan Handphone semasa mereka minta sahaja

Elakkan memberi anak handphone jika mereka tidak perlu contoh “ umi nak masak, nah main game”.


8)    Bateri Kong
Jika ibu bapa ada handphone, berikan yang bateri yang nak abis.


9. Tutup talian INTERNET
Jika lihat aak anda terlalu lama melihat VIDEO, tuuplah talian internet anda. Cara ini anak anda tidak tahu terdapat modem dalam rumah…


Beberapa kajian menyatakan bahayanya gajet bahaya kepada kanak-kanak

Dua Tahun Ke Atas: kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak berumur dua tahun ke bawah tidak boleh didedahkan kepada televisyen atau komputer kerana ia boleh mengganggu kadar kecerdasan minda. Keperluan mereka adalah aktiviti ransangan fizikal seperti bermain dengan ibu bapa dan barangan mainan yang sesuai.

Dua Jam Sehari: Jika terlebih penggunaan handphone terhadap kanak-kanak, ia juga akan medatangkan kesan buruk kepada minda seperti ketagihan dan kelekaan.

Dua Hala: Mereka dapat mempelajari sesuatu iaitu dengan memastikan program televisyen atau permainan komputer mereka mempunyai unsur-unsur interaktif di mana mereka boleh mempelajari sesuatu darinya.

Dua Pihak: kaedah terbaik adalah ibubapa juga bersama menonton televesyin bagi mengawal siaran yang ditonton.

Comments

  1. Tutup talian internet memang perkara yang paling mudah untuk control anak2 dari gadget. Abang saya buat benda yang sama. Lepas tu memang anak2 nya buat homework je setiap malam

    ReplyDelete

Post a Comment

terima kasih kerana tinggalkan komen

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Mudah Untuk Bersalin, BUNGA KEMBANG SEMANGKUK,AKAR FATIMAH