Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Air selusuh boleh dibuat oleh suami. Ia sangat menafaat dan satu usaha untuk memudahkan bersalin.  SegalaNya telah ditentukan OlehNYA , namun kita digalakkan berusaha untu mudah dan selamat melahirkan bayi. Semoga ianya menafaat bagi ibu dan ayah sekalian.
Air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini ke atas air zam-zam.
1. Surah Al-fatihah

 2. Surah al-Hasyr ayat 21-24

3 Selawat Syifa

(Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
 
4. Bacakan doa (Ayat Selusuh) 


"Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
Ayat permudah
 
5. Doa Pemudah
Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

6. Sapukan dan Simpan Untuk Di bawa ke hospital
Sapukan air tau minyak diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
6.Minyak selusuh perlu diminum beberapa teguk sahaja apabila sakit hendak bersalin.



Cara / Kaedah Alternatif Untuk Memudahkan Bersalin (klik di sini) - bunga kembang semangkuk, air kepala, minyak kelapa dara, akar bunga fatimah, sering berjalan,  

Pengedar Shaklee Pos ke Seluruh Malaysia dan Negara
COD ( Cash On Delivery) Bandar Enstek, Enstek, Komplek Pendidikan Bandar Enstek, Felda LPJ dan KLIA

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Gunakan MUDAH REKOD untuk memulakan perniagaan anda secara PERCUMA