Posts

Showing posts from February, 2015

Tukang Urut Wanita untuk Tulang Patah :Seorang Bidan Kampung

Image
Alhamdullilah bukan senang nak jumpa seorang tukang urut yang mempunyai pelbagai kepandaian. Beliau dikenali sebagai makcik yah. Tinggal di kampung Pelembang Baru (1), Kluang, Johor Darul Ta'zim. Selain kepakarannya dalam bidang merawat tulang patah, retak dan sendi . Beliau mempunyai sijil perbidanan daripada pihak hospital. Maka dengan itu beliau juga mampu mengurut wanita-wanita selepas bersalin. Waktu rawatan sehingga jam 6 sahaja , dan bersambung 9-10mlm. Menurut beliau waktu tersebut beliau sangat2 letih dan berehat untuk beribadah. Harga untuk rawatan mengurut tulang , sendi beliau tidak menetapkan sebarang harga. Seikhlas hati pesakit untuk memberi. Jika menggunakan GPS kami sering ditujukkan kampung Palembang Baru 2 , nmun usah risau, Kampung Palembang 1 tu sebelah Palembang 2. Jadi terdapat 2 pintu gerbang Kampung Palembang Baru, pastikan anda memilih Kampung Palembang Baru 1 iaitu mempunyai kedai dihadapan kampung. Rumah beliau terletak dihujung kampung

Aku Beli Domain Murah & Pantas Fuh Amat Puashati

Image
Pergh rupanya mudah je nak beli domain. Daku beli dah le murah, cepat dan puashati dengan servisnya. iaitu dengan syokhost. Tahukah anda kepentingan domain.? 1. Serius secara logiknya, korang sendiri akan serius lepas berdomain.. Nampak kesungguhan anda berblog kan. 2. Lebih profesional Dulu domain hanya untuk perniagaan namun sekarang tidak. Oleh sebab itulah kalau korang ada domain sendiri, orang akan claim korang sebagai profesional. 3. Trademark Apabila berdomain sendiri, ramai yang mula kenal. Lebih-lebi lagi apabila dia menggunakan nama sendiri sebagai domain untuk blognya. 4. Trick Domain pun antara salah satu trick yang boleh digunakan oleh blogger untuk nampak seperti ada website sendiri walaupun korang masih belum berhosting. Admin sangat mesra dan 'fast response' menggunakan WhatsApp. Sangat membantu dari segi teknikal bagi saya yang kurang mahir mengurus domain & hosting. Trusted !!! AAAAAAAAAAAAAA++++++++++++ !!! Mohd Fazlie Ahmad

Maksud Buka Pintu ALI BABA BUJANG LAPOK X Kering Gusi

Image
aku nak naik tergelak dengan maksud sebenar dalam cerita alibaba bujang lapok apabila nak buka dan tutup pintu, itu satu kebijaksanaan P Ramlee, Tengok la 10..20 kali still boleh ketawa walau dah tahu pun dah jalan ceritanya. Aku bukan dilahirkan pad zaman Pramlee boleh hidup dengan cerita-ceritanya, anak cucu plak agaknya bagaimana...hehhehe yang ni plak, yang S.Shamsuddin salah semasa nak tutup pintu gua...hahha   Niat ngiseng semar ngiseng eson ngiseng- Niat nak berak, Semar berak, boleh ke berak Eson ngiseng semar ngiseng kabeh wong poto ngiseng- boleh ke berak, Semar berak, semua orang berak *Semar tu berkemungkinan adalah nama seseorang.  P. Ramlee = Chief @ Abu Hassan S. Shamsuddin = Kassim Baba Aziz Satar = Ali Baba K. Fatimah = Norsiah Normadiah = Siti Aloya Sarimah = Marjina A. Rahim = Momotaro San Leng Husain = Apek tukang kasut Ibrahim Pendek = Sarjan Shariff Dol = Orang kaya 1 Kemat Hassan = Orang kaya 2 Ali Fiji = Penyamun Bin Fiji Zaiton =Kekasih Chief

Perkara-perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

Image
Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. TAK BUAT RUGI Maka bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya KELANDAR PUASA SUNAT 2015 Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah. AMALAN PERTAMA:  Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain memotong kuku memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. klik utk besarkan AMALAN KEDUA.  Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu, mulakan selepas asar hari kha

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Image
asslam hari saya  nak cerita mengenai tulang retak yg saya alami kerana jatuh terseliuh. Ianya belaku pada 2 disember 2014. Retak pada 2 bahagian berbeza. Biasalah bila retak ni terus g hospital dan di simen selama  sebulan. Pada akhir bulan disember, seorang pakcik mengesyorkan pergi ke bomoh patah (tukang urut tulang patah), ianya terletak di no 3767, tadika kemas, jalan haji said, jalan kebun klang. Tiada syarat untuk rawatan dan ianya bercirikan islamik. Menurut pakcik yang mencadangkan kpd saya, anak dia retak di tulang pinggul dan sembuh dalam masa 2minggu. Dan apabila saya search di engin google, erm rupanya ramai yg mengesyorkan bomoh patah haji daud ni. Apa lagi rasa terlompat2 dalam hati nak pergi. Alhamdullilah, hari pertama (isnin) selepas diurut bahagian urat berdekatan patah tu, rasa amat lega. Masuk hari ketiga rasa bahagian yg patah tu lega dan x ngilu2. Saya bertanya pd hj daud mcm mane nak tahu dah sembuh, dia kata kita x rasa sakit lagi bahagian retak tu, dan j

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Image
Join blog walking ayu  www.ayuinsyirah.my  Blogwalking pertama bagi bulan febuari 2015....join rakan2 join us