Darah Keluar Banyak Ketika Haid? Shaklee
Haid yang normal adalah yang keluar yang tidak melebihi 80ml pada setiap 21 hingga 35 hari kitaran untuk selama dua hingga tujuh hari. Kehilangan darah haid yang terlalu banyak boleh berlaku apabila haid keluar terlalu banyak dan melimpah. Jumlah hari juga terlalu banyak dan kitaran haid terlampau singkat menyebabkan kedatangan haid terlalu kerap atau tidak tetap. Masalah haid yang keluar terlalu banyak seperti yang dinyatakan di atas itu dikenali sebagai Menorrhagia. Didapati 2/ 3 daripada wanita yang mempunyai masalah menorrhagia akan juga mengalami masalah kekurangan zat besi . Jika ia berlaku pada remaja sudah tentu ia menganggu pembelajaran di sekolah. Ini kerana kehilangan darah yang berpanjangan boleh menyebabkan pelajar anemia, pucat dan letih. Punca Menorrhagia 1). Kitaran ovari belum matang untuk berfungsi (pada remaja) atau kitaran ovary tamat usia untuk berfungsi (mereka yang lanjut usia). 2)35 % adalah masalah ginekologi iaitu seperti radang pada rongga p...