Ganjaran dan Kelebihan Penyusuan Ibu Yang Wajar Diketahui

Setiap pasangan mempunyai kemampuan berbeza bagi mencukupi keperluan seorang bayi. Oleh itu pasangan  boleh merancang penyusuan susu ibu buat anak-anak mereka lebih awal supaya ganjaran sebagai seorang ibu yang menyusukan anak tidak terlepas begitu shj.


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. 

Antara Ganjaran Para Ibu Menyusukan Anak
1) " Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan mendapat satu pahala dari tiap - tiap titik susu yang diberikannya."
2) "Jika wanita menyusui anaknya sehingga 2 1/2 tahun serta beramal soleh (taat kepada perintah Allah), dan taat kepada suami sepanjang tempoh penyusuan itu maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3) "Jika wanita memberi susu badan kepada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala satu tahun solat & puasa"
4) In Shaa Allah, susu ibu akan dapat mengurangkan risiko anak terkena penyakit seperti batuk dan selsema
5) Pemberian susu ibu kepada anak dapat membantu perkembangan dan kesihatan fizikal serta jiwa anak-anak
6) Allah S.W.T akan memberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah ke atas ibu-ibu yang tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit.

SubhanAllah, betapa besarnya ganjaran pahala yang diberikan kepada kita yang menyusukan anak. Bertuahnya kita dilahirkan sebagai perempuan. Jadi jangan sia-siakan peluang ini. Untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat

Faedah pemberian susu ibu kepada bayi menurut kajian:
  • James W. Anderson seorang ahli Universiti Kentucky menyatakan bahawa IQ bayi yang diberi susu ibu sehingga 6 bulan adalah 5 kali tinggi berbanding bayi lain. Namun begitu, bayi yang disusui kurang daripada 8 minggu tidak mendapat manfaat IQ ini. Mengikut kajian dari Profesor Catharina Svanborg (pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden), susu ibu dapat membantu mengurangkan risiko bayi mendapat kanse
Faedah pemberian susu ibu kepada ibu:
  • Sentuhan dan rangsangan yang diberikan oleh ibu dirasai oleh bayi dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana semasa ibu menyusukan bayi,Membantu mengecutkan rahim.
  • Membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari.
  • Mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopause dan kanser ovari.
  • Allah menjadikan susu ibu mengandungi keperluan bayi yang mencukupi (lengkap dengan protein, karbohidrat, lemak, kalsium dan lain-lain.
Wahai suami,
Tahukah kenapa para isteri ramai yang giveup menyusui anak mereka sehingga 2tahun?
  • Kurang galakkan suami kepada isteri, galakan ni bukan sahaja kata-kata semangat malah perbuatan. Ringankan beban isteri yang menyusui anak juga salah satu bentuk galakkan.
  • Tidak memahami keperluan isteri menyusui anak, isteri yang menyusui anak akan membakar 500kalori dan badan mudah rasa letih dan seterusnya mudah tertido. Oleh itu, makanan-makan penambah tenaga selepas atau sebelum menyusui anak amat-amat perlu bagi menyokong tenaga ibu dan memenuhi keperluan nutrisi anak.
Mungkin ini antara gagalnya penyusuan ibu
  • Isteri kurang ilmu menjayakan penyusuan ibu. Maka luangkan masa untuk menimba ilmu, jangan segan walau anak dah 3 tapi tidak tahu penyusuan ibu bekerja.
  • Tiada galakkan oleh pasangan, terangkan kepada suami dan luahkan hasrat anda.
  • Tiada keyakinan, anda perlu duduk dalam kolompok yang bersama-sama gigih menyusui anak. kongsikan masalah anda kepada mereka. ramai yg memahami kerana ramai melalui situasi yang sama.
  • Tidak bersedia, sebagai seorang muslimah kita perlu yakin bahawa setiap anak mempunyai rezekinya, oleh itu buang rasa gusar dan bimbang yang melampau. Lakukan sahaja bagi menjayakan penyusuan. Percayalah Allah ada akan membantu anda setiap segi jika diniatkan sesuatu yang baik.
Set Nutrisi Penyusuan(Pengalak susu)

Seri Nian
0127805727
Pengedar Shaklee Di seluruh Malaysia
COD area seremban dan nilai

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda