Remaja Kita vs Remaja Palestine

Nasib kau lah Palestine. Walaupun bumi kau ada baitul Maqdis, kami tak peduli.. Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah Terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestine, kau kotor, lemah dan penakut. Cuba tengok anak Malaysia, semuanya hebat! Kami mampu membeli gadget, kami banyak masa ber’selfie dan berbicara hal cinta. Kemudahan FB kami guna utk bincang perkara tak berfaedah n letak gambar yg menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalah Wailing Wall yahudi, kami luangkan masa melawan Allah, Kau kat sana berani? 
Kau tak hebat anak Palestine. Kau gugur syahid tapi anak Malaysia gugurkan anak. Biar kepala kau berkecai ditembus peluru Yahudi setiap hari, McD juga jadi makanan kami setiap hari check in daily. Kerana kami mampu. Kami peduli apa dengan darah kau? Bukan kami pilih utk bersaudara dengan kau. Anak Palestine, tidur malam kau tak lena kerana risaukan peluru dan bom musuh. 
Keesokkan hari kau bangun awal berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana nak cari sekeping dua roti utk sarapan adik2 kau sebab parents kau dah mati kn.. kami? Rempit, rokok, clubbing sampai mabuk n muntah2 aktiviti malam ini. Kami hebat, upload gambar pegang beer dan kami seru komen2 murni. Kami berani sebab kami hebat! Kami bermati-matian pertahankan aqidah dan diri dari musuh kafir harbi, tapi kami bermati-matian mempertahankan cinta kudus kami dengan bf dan gf kami. Kau hilang mak bapak tercinta, tapi kami persetankan mak bapak kami. 
Palestine, Kau lemah, kami kuat, kau makan 2 kali sehari, kami makan 2-3 jam sekali. Kau kotor, jijik, busuk tak mandi. Kami bersih, sihat, cantik, kemas dan wangi. Ini semua benar, kerana dunia ini bukan syurga kamu. Dunia fana ini syurga kami dan kafir harbi, kami lupa padamu Palestine. Kami masih tenang melihat “militan” di sana seaqidah dengan kami dibantai setiap hari, sedangkan akhirat nanti kami tiada jawapan utk Allah kenapa kami abaikan kau Palestine.

Nukilan asal : Muhammad Rafiuddin

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Gunakan MUDAH REKOD untuk memulakan perniagaan anda secara PERCUMA