3 Tips/ Letak Kasut Di Belakang Kereta Utk Elak Anak Terperangkap

Di US juga mereka mengalami masalah seperti di Malaysia di mana ibu bapa terlupa dan tertinggal anak di belakang bahagian kereta. Tahun lepas sahaja di US seramai 44 orang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat kecuaian ini. 3 tips untuk ibubapa pratikkan untuk mengelakkan kejadian ini berlaku.


Tips 1 # Mereka telah mencadangkan kepada semua ibu bapa yang pergi ke kerja supaya meletakkan kasut kerja di bahagian belakang kereta. Beberapa barang kerperluan kerja juga boleh diletakkan dibahagian belakang kereta.

Tips 2# Mengingati Rutin yang Ditukar. Selalu keadaan terlupa ini kerana apabila rutin seharian tetiba tidak seperti biasa. Contohnya, setiap pagi isteri yang menghantar anak ke sekolah. Namun disebabkan hal yang tidak boleh dielakkan, sang suami pula yang menghantar anak ke taska/pengasuh. Keadaan seperti ini diluar kebiasaan. Oleh itu, si isteri perlu mengingati si suami dengan menelefon suami berkenaan tugas baru si suami tadi. Telepon suami semasa beliau berkerja atau baru memulakan kerja.

Tips 3#
Setaip kereta sewajarnya memasang rain guards for car window.
Kenapa? setelah parking kereta, sewajarnya buka sedikit ruang tingkap walaupun 1cm terutama dibahagian belakang. Tempat kereta sering terdedah terus dengan matahari dan teramat panas apabila kita masuk ke dalam kereta dengan membuka sedikit tingkap belakang kereta dapatlah udara keluar masuk. (PASTIKAN LOCK TINGKAP supaya tingkap tidak boleh dibuka oleh orang luar-takut-takut memberi ruang kecurian pula). 2. pastikan tingkap bahagian pemandu tidak dibuka walaupun sedikit. Kerana lock utama tingkap di bahagian pemandu. 3 tingkap sudah memadai untuk dibuka sedikit. Sudah kebiasaan saya membuka sedikit bahagian belakang kereta dan bahagian penumpang sebelah kiri.



anda ingin mencari produk vitamin/makanan tambahan seharian?
anda ingin menjadi ahli seperti kami?
hubungi saya
012-7805727

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Mudah Untuk Bersalin, BUNGA KEMBANG SEMANGKUK,AKAR FATIMAH