KEBAIKAN Susu Ibu Kepada Bayi dan Ibu juga Hak Anak Terhadap Susu

Nabi Muhammad disusukan ibunda baginda iaitu Aminah selama 2 hari sebelum baginda dihantar ke kampung kerana adat orang Arab memang begitu. Semua ibu menolak untuk menjadi ibu susuan Nabi kerana Nabi anak yatim (miskin). Namun orang terkahir ditanya adalah Halimatus Sa'adiah dan bersetuju menjadi ibu susuan kepada baginda. Susu Halimatus Sa'adiah yang hampir kering terus menjadi banyak sebaik sahaja Nabi menyusu. Kemudian anak Halimatus Sa'adiah turut menyusu sama. Nabi di sebelah kanan, dan anaknya Halimatus Sa'adiah di sebelah kiri.

HAK ANAK-ANAK TERHADAP SUSU IBUNYA

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah:

“Bahawa termasuk hak anak-anak kecil adalah mendapatkan susu ibu untuk tempoh sepanjang dua tahun pertama selagi mana ia memerlukannya. Perkara ini dikuatkan lagi dengan kata “penyusuan sempurna” dalam ayat tersebut (merujuk Surah al-Baqarah, 2: 233).”

SUSU IBU DAN KEBAIKANNYA

APAKAH TANDA-TANDA ANAK ANDA MENYUSU DENGAN BETUL
Untuk mengetahui bahawa bayi menyusu dengan betul atau tidak, kita dapat memerhatikan tanda-tanda ketika menyusui bayi. Antara tanda-tanda tersebut adalah :

  1. Mulut bayi terbuka lebar dengan bibir melipat keluar
  2. Dagu dan hidungnya menempel pada payudara
  3. Bayi telah memasukkan sebanyak mungkin bahagian areola kedalam mulutnya
  4. Bayi menyusu dengan teratur dan mendalam serta berhenti seketika
  5. Bayi menelan air susu secara teratur
  6. Putting susu ibu terasa lebih selesa selepas beberapa kali susuan pertama

Walaubagaimanapun, kaum ibu juga perlu tahu bahawa bayi juga ada ketikanya tidak menyusu dengan betul. Antara tanda-tanda tersebut adalah :
1. Kepala bayi tidak lurus dengan badannya
2. Bayi hanya menyusu pada putting payudara sahaja iaitu tidak memasukkan keseluruhan kawasan areola ke bahagian belakang mulutnya
3. Bayi meyusu dengan ringan, cepat dan gugup serta tidak menyusu dengan bersungguh-sungguh.
4. Pipi bayi berkerut kearah dalam atau ibu mendengar bunyi ‘ cik..cik’
5. Ibu tidak mendengar bayi menelan susu secara teratur setelah penghasilan air susu ibu meningkat

KELEBIHAN AIR SUSU IBU

Air susu ibu memiliki beberapa kelebihan kepada ibu dan juga bayi. Antara kelebihan tersebut adalah :
1. Air susu ibu mengandungi kolostrum iaitu zat kekebalan (imunisasi) yang boleh melindungi bayi daripada serangan penyakit terutamanya cirit-birit dan gangguan saluran pernafasan.
2. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi yang mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
3. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
4. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
5. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
6. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
7. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
8. Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

KEBAIKAN AIR SUSU IBU
Air susu ibu memiliki banyak kelebihan sehingga kaum ibu digalakkan untuk menyusui bayi mereka hingga usianya 2 tahun. Antara manfaat air susu ibu ialah ianya mengandungi gizi lengkap yang berkualiti tinggi, berguna untuk kecerdasan, pertumubuhan dan perkembangan anak. Air susu ibu merupakan makanan bayi yang dijamin keselamatan dan kebersihannya. Air susu ibu juga mudah untuk diberikan kepada bayi dan tidak basi. 
Manfaat lain air susu ibu ialah sebagai zat antibodi yang melindungi tubuh bayi daripada alergi serta penyakit jangkitan lain. Air susu ibu sangat berguna kepada bayi, ibu dan keluarga.

MANFAAT AIR SUSU IBU UNTUK BAYI
1. Daya tahan tubuh badan anak yang minum susu ibu lebih kuat dan tidak mudah mendapat penyakit.
2. Anak akan dapat membesar dengan lebih sempurna, sihat dan kuat.
3. Mengandungi gizi lengkap yang sesuai untuk perkembangan bayi. 
4. Selamat dari risiko malnutrisi dan kekurangan zat besi yang boleh menyebabkan penyakit rabun malam
5. Pertumbuhan gigi, lelangit dan rahang anak yang minum susu ibu akan berkembang dengan lebih sempurna kerana proses menghisap payudara ibu ketika menyusu.

MANFAAT AIR SUSU IBU UNTUK IBU
1. Menjalinkan kasih sayang antara ibu dan anak
2. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin
3. Mempercepat pemulihan kesihatan ibu
4. Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
5. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 
6. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
7. Melahirkan keyakinan kepada ibu untuk menyusukan anaknya

JOM DAFTAR 
JADI AHLI SHAKLEE SEKARANG
012-7805727


COD : Bandar enstek, KLIA, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, LBJ, Seremban 2

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda