Tips dan Panduan Berkesan KEKALKAN SUSU IBU SEMASA PUASA
Hak ibu menyusu ketika berpuasa adalah wajib bagi ibu yang menyusukan anaknya. Namun, Allah SWT memberi kelonggaran untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu dan bayi seperti susu ibu didapati kurang, risau susu berkurangan dan tidak cukup untuk bayi. Anda perlu mengantikan puasa yang ditinggalkan pada waktu lain dan membayar fidyah. Antara perkara yang perlu dilakukan bagi para ibu menyusu ketika berpuasa; 1) 3 kali makan sehari Waktu makan mesti dikekalkan sebanyak 3 kali iaitu semasa bersahur, berbuka dan moreh (iaitu selepas waktu solat terawih) kerana bagi ibu menyusu mereka perlu kalori sebanyak 700kalori. Pastikan juga anda semasa berbuka makan secara kerap walaupun sedikit. 2) Makan makanan secara seimbang Ketiga-tiga waktu perlu menerima makanan seimbang, jika anda rasa sukar ambil la multivitamin . Usah terpengaruh dengan menu-menu di bazaar, susun menu ikut pembelian di bazaar dengan deit seimbang. Pasti anda berjaya. 3) Mengambil kurma Semasa berpuasa ...