Rahsia PERSONALITI Mengikut Warna Kegemaran

Ramai kalangan kita tidak mengetahui bahawa melalui warna yang digemari oleh seseorang itu dapat diterjemahkan(hanya untuk perempuan sahaja) sikap atau personaliti seseorang. Apakah personaliti anda yang kadangkala kita tidak menyedarinya dan anda boleh cuba sendiri....!

RAHSIA PERSONALITI MENGIKUT WARNA

OREN/JINGGA
- seorang yang tahan lasak.
- suka menjadi perhatian tetapi sukakan persaingan.
- suka meluahkan apa yang dirasai melalui kata-kata.
- garang dan berrhati kering.
- mudah dipercayai tetapi sukar mendengar kata.

MERAH
- suka hidup senang lenang.
- berani, emosional dan tegas.
- sanggup hidup susah daripada berusaha.
- tamak dan gelojoh.
- mementingkan persahabatan dan tidak gemari persengketaan.

MERAH JAMBU

- mereka seorang yang tegas tetapi agak manja.
- tidak senang dengan bising dan peperangan.
- tidak banyak bercakap tetapi suka berfikir
- mudah tersentuh dan menyimpan perasaan.
- suka romantis dan bermadah.

HITAM
- suka bermurung.
- setia pada suami.
- baik hati tetapi cepat tersinggung.
- prihatin.
- kuat menghadapi cabaran.
- tidak mudah terpengaruh.

BIRU
- setia pada pasangan.
- cepat beri kemaafan tetapi tegas.
- tidak mahu mengalah dan senang meletakkan sasaran dalam hidup.
- mahu kemahuannya dituruti.
- berterus terang dan jujur.

PUTIH
- berkata benar, jujur, dan rendah hati.
- ramah dan sopan-santun.
- mempunyai perangai elok dan tulus.
- tidak banyak prasangka.
- suka menolong tetapi sukar untuk menerima bantuan kerana lebih senang berdikari.

UNGU

- murah hati.
- merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
- dingin dan kehendaknya meluap-luap.
- suka menggunakan orang lain untuk berjaya
- penuh inisiatif.
- pandai tetapi emosi.

KELABU
- suka mengelamun.
- tenang tetapi sukakan sesuatu yang penuh cabaran.
- suka mengada-ngada dan bergosip.
- romantis.
- penyabar.

COKLAT

- sukar memberi kepercayaan.
- takut untuk membuat keputusan
- memiliki sifat keibuan.
- suka merendah diri.
- sopan dan halus budi.
- hati sentiasa was-was takut tersalah..

HIJAU
- seseorang yang sukakan kedamaian.
- teguh pendirian.
- agak konservatif.
- cintakan kebahagiaan.
- tidak suka peperangan dan huru-hara.
- patuh pada agama.

KUNING

- amat menyukai ilmu.
- gemar membaca.
- tekun dan cerdas.
- tabah menghadapi cabaran.
- lebih suka mendengar pendapat orang lain daripada buat keputusan sendiri.
- teguh pendirian dan mudah berdolak-dalik.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda