AMALAN MENJAGA KESIHATAN OLEH RASULULLAH S.A.W

Mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Jangan kita dah terhantuk, baru nak tengadah. Rasullullah telah mengajar kita cara-cara untuk menjaga kesihatan berpandukan kepada AL-Quran dan Hadis-Hadis Nabi. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
picture : http://hafizamri.com
  1. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan Al-Quran melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
  2. Nabi mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit.
  3. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.
  4. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
  5. Waktu sembahyang subuh disunatkan sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa. Kita akan terhindar daripada sakit kepala atau migrain.
  6. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. 
  7. Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, sarapan pagi oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan. Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.
  8. Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
  9. Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Pengambilan madu yang baik ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
  10. Baginda melarang makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa.
  11. Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda