Aahan Timbulnya Ruam Terhdp Bayi Anda, Krim Herbal

Masalah ruam akan menyebabkan bayi anda dalam keadaan tidak selesa sehingga mempengaruhi mood ibu dan ia boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu dan bayi . Menurut Dr Anthony James Mansul seorang Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, berkata ruam susu (eczema) kebiasaannya lebih banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula. Ini kerana bayi tersebut alah kepada protein lembu terutama bayi pada peringkat usia masih muda. Oleh itu, ibu bapa digalakkan menukar susu kepada susu soya agar dapat mengurangkan kesan alahan yang dialami.

Menurut beliau lagi ruam tidak akan berlaku dengan begitu saja kerana ia tetap memerlukan pencetus/punca bagi memberikan lebih ‘kekuatan’ untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun secara semula jadi (bayi terbabit dilahirkan dengan berpotensi mengalami ekzema).


ruam lampin
Ruam Lampin
Ruam ini terjadi terhadap kulit yang terdedah dan tidak melibatkan kawasan yang terlipat. Penyebabnya adalah
  • Terdedah dengan air kencing yang terlalu lama
  • Alahan dengan lampin kerana terdapat bahan kimia
  • Alahan bahan pencuci
Rawatan Ruam Lampin
  • Menukar lampin secara kerap,
  • Menggunakan air suam semsa membersihkan kawasan tersebut.
  • Pastikan kawasan tersebut sentiasa kering
  • Tidak meletakkan tepung jagung ini kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.
  • Tidak meletakkan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan. 
Ruam Lampin Candida
ruampada pelipat
  • Jangkitan kulat pada kulit bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen. dan ia melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.
  • Jika ia berlarutan sehingga lebih dari hari ketiga, perlu merujuk kepada doktor kerana diragui terkene jangkitan kulat.
Rawatan Ruam Lampin Candida
  • Krim atau ubat sapu antikulat secara kerapKeringkan kawasan yang dijangkiti.
  Perlu berjumpa doktor sekiranya:
  • Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran bayi.
  • Sekiranya ruam bertukar menjadi jerawat dan ulser kecil.
  • Wujudnya benjolan atau berkutil-kutil
  • Ruam merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
 Cara mengurangkan Kesan Ruam
Bagi mengurangkan kesan ruam, anda boleh gunakan sabun khas tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.
 
Ruam Susu

Apakah yang dikatakan Ruam Susu?
Seperti yang diketahui susu ibu adalah sejenis makanan dan apabila dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, si ibu perlu membersihkan segera baki susu dengan krim yang bersesuaian.

Sampai Bila Ruam/Ekzema akan Berlarutan?
Menurut pakar, masalah ruam kulit bayi adalah bersifat sementara dan akan hilang dengan sendirinya apabila ketahanan badan bayi bertambah dengan umurnya.


Apakah Ruam itu Bahaya?
Sering bayi yang mengalami ruam yang teruk ada hubung kait dengan penyakit asma dan selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak dan berhingus. Ini kerana bayi amat sensitive kepada persekitaran terutama habuk walaupun jumlah yang amat sedikit.

Siapakah yang Berisiko Ruam / Ekzema?
Sejarah keluarga yang mempunyai eczema, anak anda juga akan berpotensi tinggi untuk mengalami eczema.
Herbal Bland dan Basic H

Call / Wassup : 0127805727
FB : Seri Nian
Like Pages: SeriSihatCeriaShop
Dapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda