8 Erti Bahagia - Kebahagian Rumah Tangga

1. Bahagia = Bahagiakan Diri Dahulu
Ambil masa merenung hal peribadi dan kawal fikiran serta perbuatan yang baik sahaja kerana perkara positif sahaja yang membawa kepeda aura positif. Rumah tangga Bahagia adalah apa yang anda boleh berikan yang terbaik dalam setiap segi di dalam rumah tangga dan kehidupan.

2. Bahagia = Hormat
Hormati pasangan anda, hormati anak anda dengan berkomuniskasi dengan penuh sopan. Berikan contoh komunikasi yang baik kepada anak-anak anda. Sentiasa menghargainya dengan ungkapan yang baik. Sudah semestinya kebahagian akan lahir di hati sanubari pasangan dan anak-anak anda.
3. Bahagia = Memberi
jangan meletakkan sesuatu syarat kalau pasangan berikan hadiah hebat baru rasa nak bahagia. Dengan ungkapan , pujian, tolong menolong juga adalah salah satu hadiah yang bermakna.
4. Bahagia = Fokus Kebaikan
Lihat kebaikan pasangan kita, pedulikan kata-kata masyarakat terhadap pasangan kita. Lihat yang baik dan terima dia seadanya dan fokuskan kelebihan dan kebaikannya sahaja bukan kekurangannya.
5.Bahagia = Positif
Berikan aura positif dengan berfikir secara positif dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam rumahtangga.
6. Bahagia= Berkorban
Korbankan keegoan anda, ya ego ini lah menyebabkan kita sering bertengkar dengan pasangan. Belajar untuk rendah hati dan bertolak ansur dengan pasangan. Sekali sekala beri peluang pasangan kamu menang. Jika berlaku perselisihan faham, berdiamlah dan bersabarlah kerana Allah SWT akan memberi habuan dengan lebih baik.
7. Bahagia= Doa
Doa mampu mengikat kasih saying secara kerohania antara anda dan pasanagan secara berterusan. Jaga hubungan dengan Allah dan jangan tinggalkan SuruhanNya.
8. Bahagia= Ikhlas
Kita khawin adalah kerana mencari reda Allah SWT. Jika tujuan kita tidak seperti itu maka betulkan niat kita. Setipa perkara bila kita ikhlas kerana Allah SWT In Shaa Allah segala urusan akan dipermudahkan.
  

Beli Produk Shaklee dan Daftar Keahlian Shaklee Bersama Kami
   


Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda