Petua Kecantikan dari Dapur

1.    Tiada lagi masalah kelemumur
Punca rasa gatal biasanya berpunca daripada kelemumur. Untuk menghilangkannya, ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan kotor serta rendam dalam besin berisi air (secukupnya utk basuh rambut). Pastikan rendam semalaman. Cuci rambut anda di sebelah pagi. Lakukan sekerap yang mungkin. Anda pasti tiada lagi gatal-gatal pada kulit kepala anda.

2.    Menghilangkan jeragat
Ambil 10 helai daun pegaga, di cuci dengan air garam dan ditumbuk halus. Kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk bersama air suam dan disapukan pada muka.

3.    Lembutkan bibir.
Ambil pati susu, oleskan pada bibir setiap hari dan hasilnya bibir akan lembut dan bertambah merah

4.    Mengurangkan Peluh pada Wajah
Ambil seketul ais, lumurkan pada muka selama beberapa minit pada keseluruhan wajah. Peluh di wajah akan berkurangan dan wajah kamu kelihatan bersih berserk-seri.

5. Meremajakan KULIT
Sekiranya muka anda nampak kusam, dapatkan jus nenas dengan mengisar nenas tersebut dengan mencampurkan sedikit air, untuk lebih berkesan berganda masukkan lobak merah. Buat masker muka dan bersihkan dengan air suam.

6. Menanggalkan Daki Dari Badan
Ambil segengam beras dan kisar kering, campurkan sedikit daun sireh jika ada, jika tidak gantikan dengan sabun mandi. Gosokkan dengan pelahan pada tubuh anda
Petua Kecantikan Dari Dapur.

7. Menghilangkan Bau Kaki
Gunakan Asam Jawa dan garam, rendamkan kaki anda selama 15-20 minit, pastikan ianya suam. Gosokkan pada celah-celah kaki. Bukan sahaja boleh menghilangkan bau malah dapat mengatasi gatal2 pada kulit kaki. 

8. Tegangkan Kulit Mata 
Uncang Teh amat berkesan dalam menegangkan kulit mata, ia mudah dan murah. Selepas bancuh minuman pagi atau petang ambil uncang tersebut dalam keadaan basah letakkan di atas mata sebelum tidur. Antioksidan dan kafaien yang ada pada uncang teh ini meredakan radang dan menjadikan mata lebih segar.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Buat Air Selusuh ( DOA SELUSUH )

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda