Buntu nak pakai baju warna apa Jom Fahami COLOUR VIBRATION

Colour Vibration Therapy (CVT berjaya menerangkan dari segi saintifik berkenaan warna di mana perkara ini tidak diterangkan oleh pihak lain). CVT menghuraikan hubungkait manusia, alam dan warna. Warna pelangi sebenarnya ada di dalam diri kita kerana Allah (S.W.T) hendak menunjukkan kepada manusia bahawa kita merupakan sebahagian dari alam. Oleh itu, sebagai manusi dan lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai khalifah, kita tidak seharusnya mengkhianati alam/bumi, di mana banyak kerosakan dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kurangnya kesedaran terhadap penciptaan kita. Kita adalah alam dan alam adalah kita.


Kenapa perlu warna warni pemakaian harian kita?
Dalam Islam sendiri, sesuatu yang hendak dilakukan perlulah secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan, saya kaitkan dengan CVT, kenapa kita tidak digalakkan untuk terlebih menyukai sesuatu warna kerana kemungkinan warna tersebut adalah warna yang kita alah.(Warna kelemahan kita sendiri.)
HARI
WARNA
ISNIN
PUTIH
SELASA
PINK / VIOLET
RABU
BIRU
KHAMIS
KUNING / OREN
JUMAAT
HIJAU
SABTU
MERAH
AHAD
HITAM
 
Isnin

 
Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Cara yang mudah untuk barada dalam keadaan hening iaitu dengan tidur awal dan secukupnya. Mereka yang tidak tidur awal sering menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Oleh sebab itu kebiasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini, mereka akan merasa malas untuk ke tempat kerja pada setiap hari Isnin. Hari isnin dikatakan penting kerana perlu mencetuskan pelbagai idea baru dan  merangsang semangat ia juga hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak. Tahukah anda bunga yang berwarna putih pada hari ini lebih mekar berbanding dengan hari lain.

Selasa

Warna pink ialah warna kasih sayang . Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa. Hari selasa juga juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini. Berbaju pink akan meningkatkan kuasa pujuk terhadap anak mahupun pelajar yang agak degil tu bertambah kuat. Oleh itu menurut kajian elakkan penggunanan warna merah.

Rabu

Pada hari Rabu sering dikaitkan dengan banyak berbicara. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya. Warna biru amat sesuai kerana warna ini kelihatan tenang dan menjadi anda lebih mesra.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru . Pada kebiasannya, kita akan rasa lemas  apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan. Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum.

Sabtu

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti beriadah, bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya. Warna merah memberi tenaga dan membantu mengalakkan perdearan darah seimbang.

Ahad

Hari Ahad ialah hari untuk beristirehat. Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh dikatakan memudaratkan. 

kredit : http://rawatankesihatan.blogspot.com/2007/07/warna-hari-resonan.html

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Cara Mudah Untuk Bersalin, BUNGA KEMBANG SEMANGKUK,AKAR FATIMAH