BAHAYAKAH Kesan MALTODEXTRIN utk Kanak-Kanak Mealshakes Shaklee

Maltodextrin atau maltodektrin adalah sejenis karbohidrat yang mudah dihadam dan diperbuat daripada beras , jagung, atau kentang  ia juga boleh diperolehi daripada barli atau gandum. Mealshake shaklee mempunyai kandungan Maltodexrin. Ramai yang tertanya-tanya, Kenapa perlu maltodextrin dalam makanan? Mengapa pilih Maltodextrin dan adakah maltodextrin selamat untuk dimakan.
Maltodextrin adalah serbuk putih sering digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat atau pengisi kerana ia amat mudah diperolehi, dan juga dalam farmaseutikal ia digunakan sebagai ejen mengikat. Maltodextrin sering didapati di dalam buah-buahan dalam tin , makanan ringan, bijirin , pencuci mulut, puding segera , sos, dan kuah salad. Ramai pengusaha makanan mengunakan maltodextrin ini kerana ia mengandungi kurang kalori daripada gula dan boleh menjadi pengganti gula , seperti Splenda atau Sama .

Maltodextin juga sering digunakan dalam kombinasi dengan bahan tambahan dan rempah lain untuk membentuk lapisan kering sedap atau manis untuk makanan snek goreng, seperti kerepek jagung dan kerepek kentang. Bahan ini dianggap sebagai polisakarida , yang layak sebagai pemanis alternatif kepada sukrosa atau fruktosa.

Maltodextrin biasanya digunakan dalam jumlah yang kecil yang ianya tidak memberi kesan besar dari segi jumlah protein , lemak , karbohidrat, atau serat yang di tambah dalam makanan. Apa yang penting di sini maltodekstrin  yang diproses adalah daripada makanan semulajadi, bukanlah daripada bahan kimia merbahaya.

Sumber  MALTODEXTRIN / MALTODEKTRIN Yang Dikatakan Selamat?


Kebimbangan utama dengan keselamatan penggunaan maltodekstrin dalam makanan. Menurut www.wisegeek.com penulis yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang menyatakan bahawa jika produk yang berkenaan itu yang dihasilkan daripada jagung atau kentang yang ditanam di Amerika Syarikat atau Kanada, secara umumnya ia selamat untuk semua pengguna.

Maltodekstrin yang berasaskan gandum , biasanya diproses di negara-negara Asia, penggunaan adalah selamat namun tidak sesuai bagi mereka yang mengalami penyakit seliak (Celiac disease),
Pelbagai penyelidikan menyatakan pemanis alternatif dalam maltodekstrin adalah selamat.

Mealshakee shaklee amat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak dan orang dewasa. Kanak-kanak yang kurang selera makan dan sering demam amat digalakkan mengambil mealshakes sebagai makanan tambahan.
Sumber:
http://www.fitsugar.com/What-Maltodextrin-293287
http://fitnessfortravel.com/is-maltodextrin-bad-for-you/

http://www.wisegeek.com/is-maltodextrin-unsafe.htm

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Gunakan MUDAH REKOD untuk memulakan perniagaan anda secara PERCUMA