DAY 1 : Saya dan Shaklee


Meskipun tidak ramai yang mahu membabitkan diri dalam dunia perniagaan kerana kurang keberanian untuk menanggung risiko, tidak pula bagi saya pada ketika ini kerana saya tidak mengalami risiko yang besar jika mengikut etika perniagaan yang ditetapkan oleh Shaklee.


Tamat sahaja pengajian, saya mengambil keputusan menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan. Walaupun pada ketika itu, saya ditawarkan oleh pihak industri gaji yang lumayan, saya memilih pekerjaan yang berhampiran dengan keluarga memandangkan saya anak sulong dan beberapa tanggungjawab lain yang perlu saya laksanakan. Saya seorang yang sangat sukakan cabaran dan mempunyai minat menceburi mana-mana bidang perniagaan sehinggalah saya menemui Shaklee . Di luar mereka merasakan ia adalah bidang yang sukar kerana Shaklee mempunyai banyak produk yang perlu difahami dan perlu diperjelaskan dengan teperinci kepada pelanggan. Ia sememangnya bukan mudah, namun minat terhadap produk dan juga hasil yang lumayan menjadikan saya kuat dan kukuh menyatakan Shaklee adalah bidang perniagaan yang harus diceburi oleh saya dan yakin masyarakat akan jatuh hati dengan produk-produk Shaklee yang ditawarkan di Malaysia.
Impian saya sebagai seorang ibu kepada anak-anak saya iaitu ingin meluangkan masa bersama anak-anak dan ingin bebas dari beban kewangan. Saya tahu cita-cita ini akan jua terlaksana dan bila? hanya DIA yang Maha Mengetahui.


Saya juga amat bebesar hati jika ada dikalangan rakan-rakan dan masyarakat di luar sana yang berminat dalam menceburi bidang perniagaan Shaklee. Kami bersedia membantu anda. Tiada apa yang merugikan, semuanya adalah terpulang pada diri masing-masing. Nak untung lebih, belajar pun lebih, usaha pun kene lebih.
Call / Wassup : 012-7805727
FB : Seri Nian
Like Pages: SeriSihatCeriaShop
Dapatkan  INFO PERCUMA
Daftar Keahlian SHAKLEE dengan kami Sekarang!
Pengedar Shaklee di Melaka dan Seluruh Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Cara Membaca Tekanan Darah & Jantung Anda

Cara Rawatan Islam Tulang Retak Dan Patah di Klang

Gunakan MUDAH REKOD untuk memulakan perniagaan anda secara PERCUMA