Tukang Urut Wanita untuk Tulang Patah :Seorang Bidan Kampung
Alhamdullilah bukan senang nak jumpa seorang tukang urut yang mempunyai pelbagai kepandaian. Beliau dikenali sebagai makcik yah. Tinggal di kampung Pelembang Baru (1), Kluang, Johor Darul Ta'zim. Selain kepakarannya dalam bidang merawat tulang patah, retak dan sendi . Beliau mempunyai sijil perbidanan daripada pihak hospital. Maka dengan itu beliau juga mampu mengurut wanita-wanita selepas bersalin. Waktu rawatan sehingga jam 6 sahaja , dan bersambung 9-10mlm. Menurut beliau waktu tersebut beliau sangat2 letih dan berehat untuk beribadah. Harga untuk rawatan mengurut tulang , sendi beliau tidak menetapkan sebarang harga. Seikhlas hati pesakit untuk memberi. Jika menggunakan GPS kami sering ditujukkan kampung Palembang Baru 2 , nmun usah risau, Kampung Palembang 1 tu sebelah Palembang 2. Jadi terdapat 2 pintu gerbang Kampung Palembang Baru, pastikan anda memilih Kampung Palembang Baru 1 iaitu mempunyai kedai dihadapan kampung. Rumah beliau terletak dihujung kampung...