Remaja Kita vs Remaja Palestine
Nasib
kau lah Palestine. Walaupun bumi kau ada baitul Maqdis, kami tak
peduli.. Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah
Terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestine, kau kotor, lemah dan
penakut. Cuba tengok anak Malaysia, semuanya
hebat! Kami mampu membeli gadget, kami banyak masa ber’selfie dan
berbicara hal cinta. Kemudahan FB kami guna utk bincang perkara tak
berfaedah n letak gambar yg menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalah
Wailing Wall yahudi, kami luangkan masa melawan Allah, Kau kat sana
berani?
Kau tak hebat anak Palestine. Kau gugur syahid tapi anak
Malaysia gugurkan anak. Biar kepala kau berkecai ditembus peluru Yahudi
setiap hari, McD juga jadi makanan kami setiap hari check in daily.
Kerana kami mampu. Kami peduli apa dengan darah kau? Bukan kami pilih
utk bersaudara dengan kau. Anak Palestine, tidur malam kau tak lena
kerana risaukan peluru dan bom musuh.
Keesokkan hari kau bangun awal
berlari-lari di sebalik runtuhan bangunan kerana nak cari sekeping dua
roti utk sarapan adik2 kau sebab parents kau dah mati kn.. kami? Rempit,
rokok, clubbing sampai mabuk n muntah2 aktiviti malam ini. Kami hebat,
upload gambar pegang beer dan kami seru komen2 murni. Kami berani sebab
kami hebat! Kami bermati-matian pertahankan aqidah dan diri dari musuh
kafir harbi, tapi kami bermati-matian mempertahankan cinta kudus kami
dengan bf dan gf kami. Kau hilang mak bapak tercinta, tapi kami
persetankan mak bapak kami.
Palestine, Kau lemah, kami kuat, kau makan 2
kali sehari, kami makan 2-3 jam sekali. Kau kotor, jijik, busuk tak
mandi. Kami bersih, sihat, cantik, kemas dan wangi. Ini semua benar,
kerana dunia ini bukan syurga kamu. Dunia fana ini syurga kami dan kafir
harbi, kami lupa padamu Palestine. Kami masih tenang melihat “militan”
di sana seaqidah dengan kami dibantai setiap hari, sedangkan akhirat
nanti kami tiada jawapan utk Allah kenapa kami abaikan kau Palestine.
Nukilan asal : Muhammad Rafiuddin
Comments
Post a Comment
terima kasih kerana tinggalkan komen