RAHSIA Merawat ULSER Di Mulut Kaedah Moden dan Traditional
Anda Sering Mengalami Ulser?? Tahukah anda bahawa anda mempunyai masalah utama iaitu kekurangan nutrisi. Saya juga sering mengalaminya semasa saya menuntut di universiti, almaklumlah daripada keluarga susah. memang kecukupan nutrisi bukanlah satu perkara besar yang perlu diambil berat. Terdapat pelbagai kaedah samaada secara traditional mahupun moden mahu hilangkan ulser dalam mulut, nak senang tentulah yang moden kan...hehehh, Merawat Ulser Secara Traditional 1. Air Garam - Yang ni agak pedih sedikit dan tidak sesuai bagi kanak-kanak. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut, pastinya ia cepat sembuh. Berkumur menggunakan air garam dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut. 2. Air + Baking Soda- Bahan campuran ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir. Caranya ialah campuran air dan baking soda boleh diletakkan di bahagian ulser. Anda akan dapat rasa pedih tetapi...