BAHAYA Soya Yang Patut Diketahui. Perlu Pilih NON-GMO?
GMO ( Genetically Modified ) bermakna organisma diubahsuai secara genetik , yang merupakan organisma yang dicipta oleh ahli-ahli sains . Para saintis telah mengkaji banyak risiko kesihatan dan alam sekitar dengan makanan yang diubahsuai secara genetik (GMO). Oleh itu negara-negara seperti di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun mengawal ketat kemasukkan makanan yang berasaskan GMO dan cenderung memilih makanan yang tidak diubahsuai secara genetik (NON-GMO). Apa yang dimaksudkan makanan diubah secara genetik (GMO)? Ahli saintis akan mengeluarkan satu atau lebih gen daripada DNA organisma lain, seperti bakteria, virus, atau haiwan, dan seterusnya DNA tersebut digabungkan ke dalam DNA makanan yang mereka pilih. Dengan menambah gen baru ini, mereka berharap tumbuhan akan melahirkan sifat-sifat yang berkaitan dengan gen. Sebagai contohnya, pemindahan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau Bt ke dalam DNA jagung. Gen Bt menghasil...