Ibu Kerjaya menguruskan keluarga ‘SUPERMOM’, Tips ibu SEJATI MITHALI
Sebelum kita lihat ciri-ciri ibu sejati dan menjadi ibu supermom. Adalah penting sebagai umat islam menitikberatkan soal agama. Letakkan Al-Quran sebagai panduan. InshAllah segala urusan yang lain akan mudah.Apakah ciri-ciri Ibu Bapa Mithali?
- Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai amalan hidup
- Mendidik anak-anak ke arah kejayaan di dunia dan akhirat
- Bertanggungjawab dan memikul amanah Allah dengan baik
- Berusaha menunaikan kewajipan dan tanggugjawab dengan baik
- Menghasilkan generasi yang berilmu, berketerampilan dan berwawasan
- Menjadi contoh dan tauladan kepada para ibu bapa yang lain
Ibu mithali 2007 |
1. Kasih sayangnya menyerlah
Ibu yang sejati memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tetapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani juga turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya. Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat.
2. Prihatin dan sentiasa ambil berat
Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan sentiasa mengambil tahu tentang diri anaknya. “Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum,” kata Hj. Mohd Hanim Mohd Tahir, pakar motivasi.
3. Halus perasaan
Sifat ibu sejati selalunya dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak.
4. Suka beri nasihat
Ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu usahlah anda rimas akan nasihat ibu anda. Sifat ini terdorong oleh keinginan untuk melihat anak mereka sentiasa mendapat yang terbaik.
5. Sangat sabar dan berlapang dada
Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan.
6. Lembut tapi tegas
Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.
7. Suka meraikan
sifat keibuan yang tinggi iaitu suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak. Malah ada di kalangan ibu ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.
8. Tidak pilih kasih
Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi.
9. Mencorakkan anak-anak
Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah,.
Untuk mengharungi zaman moden ini, perlulah kita tidak mengabaikan didikan agama, percayalah agama dapat membimbing akhlak, akidah, cara berfikir, dan dalam segala urusan kerja. Berapa ramai yang berjaya menjadi Supermom yang cemerlang, kerana boleh melakukan kerja-kerja dirumah , mendidik anak dengan sempurna serta melakukan kerja-kerja sambilan. Apabila anak sudah besar, kerja-kerja rumah tidak lah sesibuk ketika anak-anak semasa kecil.Oleh itu berapa ramai para ibu berimpian memcari kerja-kerja yang boleh dilakukan di rumah. Tahukah anda, dengan berniaga anda mendapat pelbagai faedah.
Faedahnya Pertama: Lebih rapat dengan Allah, kenapa? apabila kita berniaga kita dan meletakkan Allah no1 di hati. Kerana kita tidak akan kecewa dengan segala macam masalah mahupun penolakkan pelanggan akan produk kita, kerana percaya akan rezeki daripadaNYA. Kedua, tahukah anda 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Oleh itu mengapa kita tidak mengambil peluang untuk menambah rezeki. Sekarang, semua hanya dihujung jari. Facebook adalah medium utama sekarang untuk pengiklanan.
Bagaimana menjadi ‘SUPERMOM’??
1. Bijak mengurus masa :
Bahagikan masa untuk kerja, suami dan anak-anak dengan sebaiknya. Kerja pejabat usah dibawa ke rumah. Selesaikan perkara2 yang penting tanpa bertangguh.
2. Makan bersama :
Amalkan makan bersama suami dan anak2. Baca doa bersama2 dan sendukkan nasi dan lauk kedalam pinggan mereka. Suami dan anak2 pasti gembira dilayan oleh anda sebegitu rupa.
3. Tidur lewat malam :
Sekali sekala tidurlah lewat malam untuk berdua-duaan dengan suami. Ini membantu anda untuk lebih intim dan saling bermesra.
4. Senaman ringan :
Amalkan senaman ringan untuk melepaskan tekanan sekurangnya 10 minit sehari. Ia mampu mengurangkan stress dan badan akan kekal sihat.
5. Ajar anak2 :
Ambil masa untuk ajar anak2 kecil anda membaca, menulis, mewarna dan sebagainya. Belikan buku bergambar untuk menarik minat mereka.
6. Membaca :
Luangkan masa untuk membaca buku, novel, majalah dan sebagainya. Membaca boleh merehatkan minda dan menambah pengetahuan anda.
7. Menonton :
Sekali-sekala, pergilah menonton wayang sekeluarga. Ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan disamping bersukaria dihujung minggu.
8. Kekal cantik dan berseri :
Suami dan anak2 pasti suka seandainya anda sentiasa kekal cantik, bersih dan kemas dengan penampilan anda. Jika penampilan kepejabat seumpama model, alangkah baiknya jika penampilan dirumah seumpama bidadari..\
Pos Keseluruh Malaysia
COD ( Cash On Delivery) : Bandar Enstek, Enstek, Komplek Pendidikan Bandar Enstek, Felda LPJ dan KLIA
Comments
Post a Comment
terima kasih kerana tinggalkan komen