Aahan Timbulnya Ruam Terhdp Bayi Anda, Krim Herbal
Masalah ruam akan menyebabkan bayi anda dalam keadaan tidak
selesa sehingga mempengaruhi mood ibu dan ia boleh menyebabkan tekanan kepada
si ibu dan bayi . Menurut Dr Anthony James Mansul seorang Perunding Pediatrik
Pusat Perubatan Prince Court, berkata ruam susu (eczema) kebiasaannya lebih
banyak berlaku kepada bayi yang diberikan susu formula. Ini kerana bayi
tersebut alah kepada protein lembu terutama bayi pada peringkat usia masih
muda. Oleh itu, ibu bapa digalakkan menukar susu kepada susu soya agar dapat
mengurangkan kesan alahan yang dialami.
Menurut beliau lagi ruam tidak akan berlaku dengan begitu
saja kerana ia tetap memerlukan pencetus/punca bagi memberikan lebih ‘kekuatan’
untuk ‘tumbuh’ dan biasanya masalah ini berpunca daripada faktor genetik ataupun
secara semula jadi (bayi terbabit dilahirkan dengan berpotensi mengalami ekzema).
ruam lampin |
Ruam Lampin
Ruam ini terjadi terhadap kulit yang terdedah dan tidak melibatkan kawasan yang terlipat. Penyebabnya adalah
Ruam ini terjadi terhadap kulit yang terdedah dan tidak melibatkan kawasan yang terlipat. Penyebabnya adalah
- Terdedah dengan air kencing yang terlalu lama
- Alahan dengan lampin kerana terdapat bahan kimia
- Alahan bahan pencuci
Rawatan Ruam Lampin
- Menukar lampin secara kerap,
- Menggunakan air suam semsa membersihkan kawasan tersebut.
- Pastikan kawasan tersebut sentiasa kering
- Tidak meletakkan tepung jagung ini kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.
- Tidak meletakkan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.
ruampada pelipat |
- Jangkitan kulat pada kulit bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen. dan ia melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.
- Jika ia berlarutan sehingga lebih dari hari ketiga, perlu merujuk kepada doktor kerana diragui terkene jangkitan kulat.
Rawatan Ruam Lampin Candida
- Krim atau ubat sapu antikulat secara kerapKeringkan kawasan yang dijangkiti.
Perlu berjumpa doktor sekiranya:
- Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran bayi.
- Sekiranya ruam bertukar menjadi jerawat dan ulser kecil.
- Wujudnya benjolan atau berkutil-kutil
- Ruam merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
Bagi mengurangkan kesan ruam, anda boleh gunakan sabun khas
tanpa bahan pewangi dan tanpa sabun sebagai ejen pembersih.
Apakah yang dikatakan Ruam Susu?
Seperti yang diketahui susu ibu adalah sejenis makanan dan
apabila dibiarkan pada kulit terlalu lama, ia akan menyebabkan berlakunya
tindak balas bakteria dan fungus akan mudah membiak pada bahagian yang tidak
dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, si ibu perlu membersihkan segera baki
susu dengan krim yang bersesuaian.
Sampai Bila Ruam/Ekzema akan Berlarutan?
Menurut pakar, masalah ruam kulit bayi adalah bersifat
sementara dan akan hilang dengan sendirinya apabila ketahanan badan bayi
bertambah dengan umurnya.
Apakah Ruam itu Bahaya?
Sering bayi yang mengalami ruam yang teruk ada hubung kait
dengan penyakit asma dan selalunya mereka juga akan mengalami batuk berkahak
dan berhingus. Ini kerana bayi amat sensitive kepada persekitaran terutama
habuk walaupun jumlah yang amat sedikit.
Siapakah yang Berisiko Ruam / Ekzema?
Sejarah keluarga yang mempunyai eczema, anak anda juga akan
berpotensi tinggi untuk mengalami eczema.
Herbal Bland dan Basic H |
Call / Wassup : 0127805727
Email: sumbersemulajadi@gmail.com
FB : Seri Nian
Like Pages: SeriSihatCeriaShop
Dapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Comments
Post a Comment
terima kasih kerana tinggalkan komen